Selasa, 28 Oktober 2014

TEMASYA SUKAN TAHUNAN KALI KE-37

KHAMIS, 23 Oktober 2014 - Sekolah Kebangsaan Kemasek telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan kali ke-37 bertempat di padang sekolah. Ramai ibu bapa yang hadir bagi menaikkan lagi semangat kesukanan anak-anak mereka. Murid-murid dikehendaki berkumpul di dalam khemah rumah sukan masing-masing seawal jam 7.30 pagi bagi menyiapkan kerja-kerja terakhir mengikut rumah sukan masing-masing.

Jumaat, 22 Ogos 2014

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2014

Rabu, 20 Ogos 2014 - Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah telah diadakan bermula 7.45 pagi hingga 12.45 tengahari. Semua warga Sk Kemasek bersama-sama meraikannya dalam suasana yang riang. Majlis dimulakan dengan bacaan yassin dan tahlil oleh Ustaz Wan Tarmizi di ikuti ucapan ringkas daripada Puan Guru Besar, Sharifah Asiah Bt Syed Othman. Seterusnya murid-murid dan guru-guru Sk Kemasek berpeluang menjamu selera di kiosk-kiosk makanan yang

Isnin, 28 Julai 2014

Salam Aidilfitri 2014


Dalam kerendahan hati
ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta

Jumaat, 25 Julai 2014

MAJLIS KHATAM AL-QURAN RAMADHAN 2014

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya jua dapat kita menyambut lagi Ramadhan Al Mubarak pada tahun ini. Bagi menzahirkan rasa ta’abud dan memuliakan Ramadhan Al-Karim ini, Khamis, 24-7-2014, Sekolah Kebangsaan Kemasek telah menjalankan satu program Khatam Al-Quran bersempena Ihya Ramadhan yang di kelolakan oleh Jawatankuasa Penghayatan Islam & Panitia Pendidikan Islam.

Ahad, 20 Julai 2014

JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2014

          Sila ambil perhatian ibubapa dan murid-murid tahun 6. PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2014 akan bermula dari 21 hingga 23 Julai 2014. Pastikan anak-anak tuan/puan tahun 6 hadir ke sekolah bagi

Hadiah Peperiksaan Pra Percubaan UPSR

          Alhamdulillah....Syukur ke hadrat Ilahi di atas keprihatinan dan kecaknaan YB Ir Rosli B. Othman untuk anak-anak didik tahun 6 yang bakal menghadapi UPSR tidak lama lagi. YB Ir Rosli dengan murah hatinya telah menyumbangkan sedikit hadiah kepada murid-murid tahun 6 yang telah berjaya memperoleh keputusan yang memberangsangkan dalam peperiksaan pra percubaan UPSR baru-baru ini. Antara penerima hadiah tersebut adalah bagi mereka yang telah memperoleh keputusan

Selasa, 15 Julai 2014

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM, PELAJAR MISKIN & WARGA SK KEMASEK

Tarikh : 14 Julai 2014
Hari : Isnin
Tempat : Dewan Ilmu Sk Kemasek
Masa : 5.40 - 8.30 p.m

          Majlis berbuka puasa antara warga sekolah bersama anak-anak yatim dan miskin Sk Kemasek telah berjaya diadakan pada 14 Julai 2014 (Isnin) di Dewan Ilmu Sk Kemasek. Saban tahun majlis

Isnin, 14 Julai 2014

1 KELUARGA 1 BANTUAN

Isnin, 14 Julai 2014 - Pihak sekolah dengan kerjasama MGKT telah mengadakan satu majlis penyampaian bantuan 1 Keluarga 1 Bantuan untuk murid-murid yatim dan miskin. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Ilmu pada jam 11.30 pagi. Seramai lebih kurang 100 orang murid yatim dan miskin telah dikenalpasti sebagai penerima bantuan tersebut. Ucapan pembuka majlis telah

Jumaat, 11 Julai 2014

MOTIVASI PERDANA UPSR 2014

 Alhamdullillah....Syukur kehadrat Ilahi, Program Motivasi Perdana UPSR 2014 telah pun selamat dijalankan dengan tema "Muhasabah Ihya Ramadhan" pada kali ini. Menariknya, program motivasi kali ini diadakan di Masjid Jamek Kemasek selama dua hari bermula 10/7/2014 hingga 11/7/2014 iaitu hari Khamis dan Jumaat. Untuk pengetahuan semua, program ini telah di anjurkan oleh Unit

Rabu, 12 Mac 2014

DOA DAN HARAPAN BUAT PESAWAT MH370


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-37

Sk Kemasek, Kemaman - Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kemasek telah diadakan dengan jayanya pada hari Sabtu yang lepas di Dewan Ilmu sekolah mulai jam 9.00 pagi. Mesyuarat tersebut yang telah dirasmikan oleh YB Ir Rosli Bin Othman a.m.n, Adun Kemasek,Kemaman dan telah dimulakan dengan pendaftaran ibu bapa yang hadir, serta edaran borang maklumbalas Sarana Ibu Bapa untuk dilengkapkan sebagai salah satu komponen maklumat di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025.

Ketibaan YB Ir Rosli Bin Othman a.m.n telah disambut oleh pasukan kompang Sk Kemasek, dan satu persembahan Tarian Selamat Datang turut dijayakan oleh murid-murid Sk Kemasek untuk memeriahkan lagi majlis. Selesai persembahan, acara diteruskan dengan ucapan oleh Naib Yang Dipertua PIBG, En. Razali Bin Salleh, yang diikuti dengan ucapan Guru Besar Sk Kemasek, Pn. Sharifah Asiah Bt Syed Othman. Ucapan perasmian majlis telah disempurnakan oleh YB Ir Rosli Bin Othman a.m.n sejurus selepas itu. Dalam ucapannya, beliau menyebutkan tentang beberapa keistimewaan sekolah yang dapat membantu meningkatkan potensi murid untuk mencapai tahap kejayaan yang paling cemerlang. Beliau turut menggariskan usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk penambahbaikan kepada prasarana sekolah sedia ada. Majlis juga seterusnya diserikan dengan penerangan dan perasmian FROG-VLE (1Bestarinet) peringkat ibubapa oleh En. Wan Roslan Bin Wan Zaki, Ketua PKG Negeri Terengganu.

Mesyuarat yang bermula selepas sesi jamuan ringan menyaksikan pelantikan Jawatankuasa PIBG untuk tahun 2014/2015, pembentangan minit mesyuarat dan penyata kewangan untuk tahun sebelumnya, serta perbincangan usul-usul yang dibangkitkan oleh ibu bapa untuk catatan dan maklumbalas pihak sekolah. Para ibu bapa dan penjaga murid yang hadir telah memberikan respon yang positif dan membina dalam usaha bersama untuk melancarkan perjalanan sesi persekolahan semasa. Antara perkara menarik yang dibangkitkan dalam mesyuarat kali ini ialah pengumpulan dana bagi membina surau sekolah yang baru.  Untuk pengetahuan semua, usaha mengumpul dana ini telah dimulakan sejak tahun 2013.

Sk Kemasek mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2014 kali ke-37.