Isnin, 15 Ogos 2011

Majlis Berbuka Puasa 15 Ramadhan 1432H



Kelab Guru dan PIBG Sk Kemasek telah mengadakan majlis berbuka puasa pada hari Isnin 15 Ogos 2011 bersamaan 15 Ramadhan 1432H bertempat di Dewan Ilmu Sk Kemasek. Majlis diserikan dengan kehadiran oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasek, Ir Rosli Bin Othman selaku YDP PIBG. Turut serta wakil-wakil daripada Pondok Polis Kemasek, JKKK, Pusat Kesihatan Kemasek, Guru Besar-Guru Besar PKG Kemasek bersama-sama ibubapa dan sebahagian murid miskin dan anak yatim Sk Kemasek.
Untuk pengetahuan, majlis ini juga menerima sumbangan lembu yang dihadiahkan oleh Puan Zunidah Bt Marsom sebagai hidangan berbuka puasa. Tazkirah sebelum majlis berbuka puasa disampaikan oleh Ustaz Affandi Bin A. Ghani. Majlis yang bermula pada jam 5.30 ini berakhir pada jam 8.00 malam. Sekolah Kebangsaan Kemasek merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis.











Jumaat, 12 Ogos 2011

Yaumul Mahabbah

          Pada hari Isnin, 25 Julai 2011 lepas, Jawatankuasa Kebajikan & Bantuan Murid telah menyediakan sebuah program Yaumul Mahabbah bersama anak yatim di Pantai Telekom, Kemasek. Alhamdulillah kerana program ini telah berjalan dengan lancar bersama seramai 30 orang anak yatim dan juga guru-guru dalam menjayakan program tersebut. Aktiviti bermula dengan pendaftaran anak-anak yatim pada jam 2.15 ptg dan seterusnya dirasmikan oleh Puan Guru Besar Sk Kemasek. Majlis ini sebenarnya bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti jamuan dan juga sukaneka bersama guru-guru. Anak-anak yatim ini juga turut diberikan hadiah dan juga hamper. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Tahniah pada Jawatankuasa Kebajikan & Bantuan Murid yang diketuai oleh Puan Noor Hafizan Bt Abdullah bersama-sama guru-guru Sk Kemasek atas kejayaan menganjurkan program yang buat pertama kalinya diadakan.