Selasa, 13 Disember 2011

INFO SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)


Berikut anda boleh memuat-turun pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

1. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2011 - Umum
2. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2011 - Guru

Di sini juga disertakan sekali slideshow berkenaan Perlaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam dan Jadual Pemindahan Gaji dari SSM ke SBPA untuk memudahkan guru-guru dan kakitangan Sk Kemasek memahami terlebih dahulu isi SBPA sebelum taklimat khas kepada semua guru dan kakitangan Sk Kemasek.



Khamis, 1 Disember 2011

CUTI SEKOLAH DATANG LAGI...

Cuti sekolah datang lagi, Warga Sekolah Kebangsaan Kemasek mengucapkan selamat bercuti kepada semua guru dan pelajar di seluruh Malaysia. Di sini ada sedikit pesanan dari warga Sk kemasek kepada pelajar-pelajar sepanjang cuti persekolahan akhir tahun 2011.
  1. Gunakanlah cuti ini untuk megeratkan hubungan bersama keluarga.
  2. Jangan terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak, merempit, jenayah dan sebagainya.
  3. Jaga kesihatan dan keselamatan diri, terutamanya di jalanraya.
  4. Siapkan latihan cuti sekolah yang diberi.

Semoga kita berjumpa lagi pada tahun akan datang selepas cuti dengan semangat belajar yang lebih tinggi dan azam yang baru sempena tahun baru 2012.

Sebagai pelajar yang berilmu, pilihlah perkara-perkara yang berfaedah di masa cuti sekolah.

Sabtu, 5 November 2011

SALAM AIDILADHA


Menghayati Hari Raya Qurban...

'IDUL ADHA disebut juga sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Haji. Ramai umat Islam yang mampu menyembelih korban untuk dibahagikan kepada fakir miskin. Ramai juga umat Islam yang mencukupi syarat, menunaikan Ibadah Haji ke Baitullahilharam. Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dilanjutkan pula oleh umat Islam untuk membantu mereka yang susah.
Jika sifat suka berkorban ini meresap ke jiwa seluruh umat Islam Isya-Allah akan wujud ketenangan dan kedamaian dalam masyarakat dan akan dekatlah jurang yang memisahkan antara yang kaya dengan yang miskin, antara yang kuat dengan yang lemah, antara penguasa dengan rakyat biasa.
Mereka yang kaya mengorbankan sebahagian daripada hartanya untuk membantu mereka yang didalam kesusahan, seperti yang biasa dialami oleh fakir miskin, yatim piatu ataupun sesiapa yang memerlukan pertolongan. Mereka yang telah menerima bantuan sepatutnya mensyukurinya dan berusaha dengan sekuat tenaga tidak hanya bergantung kepada pemberian orang, Rasullah s.a.w.telah mengingatkan bahawa:
“Tangan diatas lebih baik daripada tangan dibawah".
Oleh kerana itu perlulah kita bekerja keras untuk meningkatkan taraf kehidupan kita. Jika kita rajin berusaha, seperti mengolah (mengerjakan) tanah yang terbiar, menanam berbagai tanaman, memelihara haiwan ternakan, memelihara ikan dan sebagainya Insya-Allah disatu masa taraf kehidupan kita akan berubah kepada yang lebih baik.
Ibadah Haji ialah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu mengerjakan sekali seumur hidup, Allah s.w.t.berfirman yang maksudnya:
"Dan serulah manusia untuk mengerjakan Haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus (disebabkan jauhnya berjalan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai manafaat bagi mereka dan supaya mereka menyebutkan nama Allah pada hari yang ditentukan, kerana rezeki yang Allah telah anugerahkan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berilah makan orang yang sengsara dan fakir."(Qur'an. S.al-Hajj:27-28)
Sungguh besar menafaat yang akan diperoleh mereka yang mendapat kesempatan menunaikan ibadah haji, antaranya, Insya-Allah akan terjalin perasaan ukhuwah Islamiah sedunia, menanamkan rasa persamaan, mendidik rohani dan jasmani kita supaya tabah dan sabar menghadapi cobaan. Dapat melihat sendiri tempat tempat sejarah Nabi Ibrahim dan Ismail, tempat bersejarah ketika Rasulallah s.a.w. dan sahabat berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan dan mengajak manusia kejalan yang benar jalan yang diredhai Allah s.w.t. yang terkandung dalam Islam.
Mereka yang datang menunaikan ibadah haji terdiri daripada berbagai bangsa yang datang dari segenap penjuru dunia, dengan demikian kita saling berkenalan dan dapat mempelajari adat manusia dari berbagai bangsa dan suku puak.
Berbagai kesukaran dari mula mempersiapkan perbelanjaan untuk yang pergi dan untuk yang ditinggalkan. Kesukaran dalam perjalanan, kesukaran menghadapi berbagai ragam manusia, kesukaran cuaca yang berbeda dari tempat asal kita, dan sebagainya, semua itu akan membentuk diri dan peribadi kita menjadi manusia yang sabar dan tabah menghadapi cubaan hidup.
Kita berdo'a kepada Allah s.w.t. semoga diampuninya segala dosa-dosa kita selama masa yang lalu, baik dosa yang mungkin kita telah lakukan terhadap diri ataupun terhadap mereka yang lemah. Kita mohon kepada Allah s.w.t. semoga diterimanya segala amal ibadah kita dan akhirnya kita akan memperoleh Husnul Khatimah, akhir yang baik dan dapatlah kehidupan kita diberkati dan diberikan ketenangan dan diselamatkan

Sumber : Shiar Islam

Kami warga Sekolah Kebangsaan Kemasek mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua warga pendidik di Malaysia, ibubapa dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Kemasek walau di mana jua anda berada. Semoga pengorbanan anda semua mendapat keredhaan Allah SWT.

Rabu, 2 November 2011

FAMILY DAY & FUN DRIVE 2011

Sejarah Tercipta di Sk Kemasek..

Buat julung kalinya, aktiviti FAMILY DAY & FUN DRIVE telah berjaya di anjurkan oleh Kelab Guru & Kakitangan Sekolah Kebangsaan Kemasek yang kini di terajui oleh Puan Hasnah Bt Ali.
Program ini telah dijalankan dengan jayanya pada 28 Oktober hingga 29 Oktober 2011 iaitu selama 2 hari bertempat di De Rhu Beach Resort Kuantan.
Penyertaan guru-guru bersama keluarga masing - masing yang sangat menggalakkan menjadikan program ini begitu  meriah dan berjaya . Ini ditambah pula dengan kerjasama dan kebersamaan semua dalam mejayakan semua aktiviti yang telah dirancang.

Pengerusi Kelab Guru & Kakitangan 2011.

Bergambar beramai-ramai sebelum memulakan aktiviti FUN DRIVE.
Gelagat peserta Fun Drive yang sibuk menjawab soalan yang disediakan.
Sukaneka
Parut kelapa...kaum bapa lebih hebat sebenarnya...
Sambutan Hari Lahir guru dan kakitangan Sk Kemasek.
Malam Dinner sebagai penutup aktiviti FAMILY DAY & FUN DRIVE.
Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur kerana telah berjaya mencapai objektif utama program yang dirancang iaitu mendekatkan , menyatukan dan mempereratkan hubungan dikalangan warga Sekolah Kebangsaan Kemasek bersama-sama ahli keluarga masing-masing. Semoga aktiviti ini dapat dilaksanakan lagi pada tahun akan datang.

Isnin, 15 Ogos 2011

Majlis Berbuka Puasa 15 Ramadhan 1432H



Kelab Guru dan PIBG Sk Kemasek telah mengadakan majlis berbuka puasa pada hari Isnin 15 Ogos 2011 bersamaan 15 Ramadhan 1432H bertempat di Dewan Ilmu Sk Kemasek. Majlis diserikan dengan kehadiran oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasek, Ir Rosli Bin Othman selaku YDP PIBG. Turut serta wakil-wakil daripada Pondok Polis Kemasek, JKKK, Pusat Kesihatan Kemasek, Guru Besar-Guru Besar PKG Kemasek bersama-sama ibubapa dan sebahagian murid miskin dan anak yatim Sk Kemasek.
Untuk pengetahuan, majlis ini juga menerima sumbangan lembu yang dihadiahkan oleh Puan Zunidah Bt Marsom sebagai hidangan berbuka puasa. Tazkirah sebelum majlis berbuka puasa disampaikan oleh Ustaz Affandi Bin A. Ghani. Majlis yang bermula pada jam 5.30 ini berakhir pada jam 8.00 malam. Sekolah Kebangsaan Kemasek merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis.











Jumaat, 12 Ogos 2011

Yaumul Mahabbah

          Pada hari Isnin, 25 Julai 2011 lepas, Jawatankuasa Kebajikan & Bantuan Murid telah menyediakan sebuah program Yaumul Mahabbah bersama anak yatim di Pantai Telekom, Kemasek. Alhamdulillah kerana program ini telah berjalan dengan lancar bersama seramai 30 orang anak yatim dan juga guru-guru dalam menjayakan program tersebut. Aktiviti bermula dengan pendaftaran anak-anak yatim pada jam 2.15 ptg dan seterusnya dirasmikan oleh Puan Guru Besar Sk Kemasek. Majlis ini sebenarnya bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti jamuan dan juga sukaneka bersama guru-guru. Anak-anak yatim ini juga turut diberikan hadiah dan juga hamper. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Tahniah pada Jawatankuasa Kebajikan & Bantuan Murid yang diketuai oleh Puan Noor Hafizan Bt Abdullah bersama-sama guru-guru Sk Kemasek atas kejayaan menganjurkan program yang buat pertama kalinya diadakan.