Khamis, 27 September 2012

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PERINGKAT PKG KEMASEK

Tarikh : 27, 28 & 29 September 2012
Tempat : Sk. Seri Bandi 2
Penglibatan : 32 Orang (Tahun 6)

Isnin, 10 September 2012

SURAT TERBUKA KEPADA CALON UPSR 2012

Artikel ini dikongsi daripada Blog Unit Sekolah Rendah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Buat semua calon UPSR 2012 Sk Kemasek, baca dan hayatilah isi surat tersebut. Semoga anda semua akan beroleh kejayaan dalam Peperiksaan UPSR 2012yang hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi.


Assalamualaikum anak-anak calon UPSR Terengganu 2012

Apa khabar kalian ? Semoga semuanya sihat dan bersemangat. Tenang dan tenteram. Masa pertarungan yang dinanti sekian lama kian mampir. Usah gentar, usah takut. Ketakutan hanyalah ada pada jiwa sang pengecut. Kamukan bukan insan seperti itu . Tidak ! Kamu pahlawan dan harapan yang telah diasuh dan dilatih oleh para pendeta untuk pertarungan ini.

Anak-anak kami yang berani,

Sebelum melangkah ke gelanggang pada 11,12 dan 13 September 2012 nanti ingin kami berpesan dan menitipkan beberapa petua agar selari pencak dengan rentaknya, selagu seirama  buah gurindamnya serta arif bijaksana mentafsir tipu muslihat persoalannya.

Pertama jangan alpa membaca Bismillah , kunci pembuka resah dan susah. Berkatnya tidak payah dicerita. Semoga dengan rahmat namaNya segala urusan bakal menjadi mudah dan sempurna. Namun ingat, sebelum turun ke gelanggang salami tangan ibuayah yang dikasihi. Mohon keampunan dan restu. Insyaallah doanya mustajab serasi dengan izin dan kehendak Allah. Mudah-mudahan pertarungan menjadi mudah, kejayaan menjadi milik dengan gah.

Anak-anak yang budiman,

Jangan sesekali bergopoh-gapah,resah-gelisah. Sediakan awal segala peralatan dan keperluan. Syaitan sentiasa mahu kita lalai dan kucundang. Justru lawan syaitan itu dengan ketenangan dan kebijaksanaan. Teliti soalan dan jawapan dengan minda sejati dan pandangan mata hati bukannya gopoh-gapah membuta –tuli. Biar nampak mudah namun sabar,jangan terpesona godaan syaitan madah berhelah. Insyaallah dengan “ketenangan dan kesabaran” yang kusut dapat dilerai, yang sukar dapat diungkai.

Anak-anak yang bijaksana,

Sesudah selesai sesuatu pertarungan dan didapati ada berlaku sedikit kesilapan tingkah dan langkah, jangan sesal dan gunda-gelana. Jangan terbuai dalam lamunan emosi hingga hilang fokus dan kosentrasi. Kesilapan kecil bukanlah pembunuh kepada kemaraan perjuangan yang lebih besar. Tumpukan segala daya dan tenaga untuk memenangi dan menguasai pertarungan seterus nya. Jadikan kesilapan yang ada itu guru untuk mengajar kita supaya bijaksana,sabar dan teliti. Ingat orang yang bijaksana itu , “ Apa yang diusaha dan dicapai hari ini lebih baik dari semalam dan apa yang diusaha dan dicapai besok lebih baik dari hari ini “

Anak-anak pewaris bangsa,

Jangan sesekali memandang enteng pertarungan ini. Pertarungan UPSR ini adalah yang pertama dan terakhir. Tiada lagi pertandingan ulangan sama ada menang atau kecundang. Tidak ada. Oleh itu guna peluang ini sebaik mungkin. Jangan undur dan mengaku kalah. Kamu adalah sang juara terhebat. Harapan untuk membawa obor amanah dan maruah diri,keluarga,bangsa,agama dan negara pada masa depan. Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara dan bermacam lagi sekolah hebat sedang menunggu kamu. Kamu adalah permata kami yang perlu dicanai di sekolah-sekolah hebat ini agar gemerlap menyinari semesta tamaddun bangsa pada masa depan . Jangan lepas peluang ini.
Rebut,rebut,re but dan rebut.

Anak-anak yang bersemangat waja,

Katakan kepada dirimu sendiri..
Jika ada 1,000 manusia yang beroleh 5A UPSR 2012
Akulah salah seorang daripadanya….

Jika ada 100 manusia yang beroleh 5A UPSR 2012
Katakan kepada dirimu sendiri..
Akulah  salah seorang daripadanya…

Jika ada 10 manusia yang beroleh 5A UPSR 2012
Katakan kepada dirimu sendiri…
Akulah salah seorang daripadanya…

Jika ada 1 sahaja manusia yang beroleh 5A UPSR 2012
Katakan kepada dirimu sendiri..
AKUlah itu….

Anak-anak kami yang kami kasih kami doakan…

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Berikah anak-anak kami yang bakal menduduki UPSR
Kekuatan minda, jiwa, rohani dan spiritual,
Campak ke dalam hati mereka  ketenangan dan keberanian..

Ya Allah Ya Rahim
Dengan sifat penyayang dan pengasihMU
Berikan kesihatan yang mantap serta terhindar dari
Segala penyakit dan musibah sepanjang
Menduduki ujian UPSR ini…
Lapang dan permudahkanlah urusan mereka
menghadapi ujian ini agar nanti bakal
menjadi anak-anak pintar soleh mengenang budi
serta pendokong ummah dan agamaMu
dipersada dunia dengan  cemerlang dan terbilang.

Ya Allah…
Hanya kepadaMu kami memohon
Keampunan dan pertolongan
Amin….

Dipetik daripada,

USR Blogger Team
JPN Terengganu
09.09.2012



Khamis, 6 September 2012

SAMBUTAN KELAS TERBUKA RAYA 2012


4 SEPTEMBER (Selasa) - Sekali lagi setiap tahun Sekolah Kebangsaan Kemasek  telah  mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2012. Acara dimulakan pada jam 10.30 pagi di Dewan Ilmu Sk Kemasek. Seterusnya semua murid bertakbir dengan diketuai oleh Ustaz Wan Shamsul.  Tidak ketinggalan Guru Besar Sk Kemasek turut menyampaikan sedikit ucapan sempena Sambutan Hari Raya ini. Selepas itu semua murid bergerak ke kelas masing-masing. Berbeza dengan sambutan tahun-tahun  yang lepas, tahun ini sambutan diadakan di kelas masing-masing bersempena dengan tema “Kelas Terbuka Raya 2012”.  Pelbagai hidangan juadah makanan dihidangkan kepada semua murid oleh guru kelas serta sumbangan makanan oleh anak-anak didik Sk Kemasek.









Sila klik untuk lihat album penuh Sambutan Hari Raya 2012


 SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN. 


Rabu, 5 September 2012

MAKLUMAN : PERTUKARAN GURU SECARA ONLINE (e-Gtukar) SESI 1 JAN 2013


Adalah dimaklumkan bahawa :
  1. Semua guru yang "berkelayakan" boleh memohon melalui :http://apps.moe.gov.my/epgo/
  2. Tempoh permohonan dibuka : 1 hingga 30 September 2012.
  3. Adalah nasihatkan para guru yang ingin memohon dapat membuat permohonan awal bagi mengelakkan kesesakan talian / server di saat-saat akhir.
Info Tambahan dari Unit Sekolah Rendah JPNT :
  • Mana-mana guru yang berminat sama ada dari luar Terengganu atau antara daerah ataupun dalam daerah yang berminat untuk ke SK Pulau Redang, Kuala Terengganu atau SK Pulau Perhentian,Besut, Terengganu sila emailkan satu salinan borang permohonan tuan/puan ke unitrendahspsjpnt@gmail.com
HARAP MAKLUM.

Selasa, 4 September 2012

PROGRAM PECUTAN AKHIR MURID TAHUN 6


PROGRAM 26 PASTI CEMERLANG
Tarikh : 7 - 8 September 2012
Masa : 7.30am - 4.30pm
Hari : Jumaat & Sabtu
Tempat : Rumbia Resort Villa, Paka


PROGRAM BANTU CEMERLANG
Tarikh : 7 - 8 September 2012
Masa : 8.00am - 5.00pm
Hari : Jumaat & Sabtu
Tempat : Sk Kemasek




MAKLUMAN : JAMUAN HARI RAYA 2012 (PERINGKAT SEKOLAH)


Tarikh : 4 September 2012
Masa : 10.30am - 1.15pm
Tempat : Kelas masing-masing.

SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN