Ahad, 20 Julai 2014

Hadiah Peperiksaan Pra Percubaan UPSR

          Alhamdulillah....Syukur ke hadrat Ilahi di atas keprihatinan dan kecaknaan YB Ir Rosli B. Othman untuk anak-anak didik tahun 6 yang bakal menghadapi UPSR tidak lama lagi. YB Ir Rosli dengan murah hatinya telah menyumbangkan sedikit hadiah kepada murid-murid tahun 6 yang telah berjaya memperoleh keputusan yang memberangsangkan dalam peperiksaan pra percubaan UPSR baru-baru ini. Antara penerima hadiah tersebut adalah bagi mereka yang telah memperoleh keputusan
5A, 4A dan Lulus Semua Matapelajaran (LSMP). Semua sumbangan ini telah disumbangkan oleh YB Ir Rosli B. Othman yang juga selaku YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Kemasek. Terima kasih YB. Buat semua anak-anak didik tahun 6, lipat gandakan lagi USAHA anda untuk mencapai keputusan yang lebih cemerlang di dalam peperiksaan sebenar UPSR nanti. Sesungguhnya kami warga-warga Sekolah Kebangsaan Kemasek sentiasa mendoakan yang terbaik buat anda semua.








0 comments:

Catat Ulasan