Jumaat, 10 Februari 2012

MAULIDUR RASUL 1433H / 2012M


Assalamualaikum WBT dan Salam Maulidur Rasul 1433H/2012M

” PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH ”

Begitulah tema Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Tema ‘Persefahaman Asas Perpaduan Ummah’, juga bertepatan dengan ajaran agama dan masyarakat adalah di galakkan mengutamakan kecemerlangan bangsa, mengutamakan agama serta mencintai tanahair agar Negara terus aman dan sejahtera.

Dengan itu Sekolah Kebangsaan Kemasek akan mengadakan satu majlis dan acara sambutan bagi tujuan tersebut bersamaan tarikh 11hb Februari 2012. Diharapkan agar majlis tersebut nanti akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan dan dugaan. Insyaallah.