Selasa, 15 Julai 2014

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM, PELAJAR MISKIN & WARGA SK KEMASEK

Tarikh : 14 Julai 2014
Hari : Isnin
Tempat : Dewan Ilmu Sk Kemasek
Masa : 5.40 - 8.30 p.m

          Majlis berbuka puasa antara warga sekolah bersama anak-anak yatim dan miskin Sk Kemasek telah berjaya diadakan pada 14 Julai 2014 (Isnin) di Dewan Ilmu Sk Kemasek. Saban tahun majlis
seumpama ini disambut di Sk Kemasek dengan kerjasama pihak sekolah dan MGKT. Walaubagaimanapun, buat pertama kalinya pada tahun 2014, JK Penghayatan Islam Sk Kemasek telah diberi penghormatan untuk menerajui majlis ini. Majlis dimulakan dengan kehadiran peserta anak-anak yatim dan miskin dan warga sekolah diikuti dengan bacaan doa, tazkirah, dan tahlil ringkas. Seterusnya, wakil Guru Besar Encik Mohd Azman Bin Musa (GPK Pentadbiran) menyampaikan sedikit ucapan aluan. Terima kasih kepada NYDP PIBG Sk Kemasek yang mesra dengan panggilan "Pok Wahib"  turut hadir dan keluarga guru dan juga terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Sementara menunggu waktu berbuka puasa.

0 comments:

Catat Ulasan