Selasa, 30 Jun 2015

PROGRAM TADARUS ALQURAN SEMPENA RAMADHAN

Selasa, 30 Jun 2015 - Program Tadarus Alquran sempena Ramadhan diadakan setiap tahun sepanjang bulan Ramadhan. Ianya melibatkan murid-murid tahun 4,5 dan 6. Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar berkat kesungguhan dan kerjasama semua guru dan murid. Semoga kita mendapat keberkatan sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini. Aamiin.






MAJLIS TEMU MURNI DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH CEMERLANG YB IR ROSLI BAGI MURID TAHUN 6 (UJIAN 2) 2015

Khamis, 25 Jun 2015 - Majlis Temu Murni dan Penyampaian Anugerah Cemerlang YB IR Rosli bagi Ujian 2 telah diadakan pada hari Khamis dan berjalan dengan lancar. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG SK Kemasek merangkap ADUN Kemasek, YB IR Rosli. Anugerah cemerlang diberi kepada murid-murid tahun 6 yang cemerlang dalam Ujian 2 yang lalu. Disamping itu, bagi murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 5, pihak ibu bapa telah dijemput bagi menandatangani pelaporan prestasi anak masing-masing. Diharapkan dengan adanya majlis ini, prestasi murid-murid SK Kemasek akan terus meningkat terutamanya dalam UPSR 2015.