Jumaat, 25 Julai 2014

MAJLIS KHATAM AL-QURAN RAMADHAN 2014

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya jua dapat kita menyambut lagi Ramadhan Al Mubarak pada tahun ini. Bagi menzahirkan rasa ta’abud dan memuliakan Ramadhan Al-Karim ini, Khamis, 24-7-2014, Sekolah Kebangsaan Kemasek telah menjalankan satu program Khatam Al-Quran bersempena Ihya Ramadhan yang di kelolakan oleh Jawatankuasa Penghayatan Islam & Panitia Pendidikan Islam.

Program ini telah dirasmikan oleh Guru Besar iaitu Pn. Sharifah Asiah Bt Syed Othman dan disertai oleh pelajar-pelajar Sk Kemasek. Majlis seumpama ini telah kerap dijalankan sebelum ini dan telah menjadi amalan diperingkat sekolah. Meraikan pelajar-pelajar khatam Al-Quran adalah satu perkara yang harus dilakukan bagi memberi semangat dan pendorong kepada mereka yang lain untuk menyertai program seumpama ini pada masa-masa akan datang. 

Majlis bermula dengan perarakan masuk pelajar-pelajar Tadarrus mengiringi Guru Besar Sk Kemasek, Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan HEM ke Dewan Ilmu. Ucapan aluan dan perasmian penutup majlis ini telah disempurnakan oleh Guru Besar Sk Kemasek. Setelah selesai majlis khatam Al-Quran, majlis turut diserikan dengan penyampaian duit raya kepada 51 pelajar yatim dan miskin. Sebelum bersurai semua guru dan pelajar-pelajar Sk Kemasek bersalaman raya sambil bermaaf-maafan sebagai penutup kepada majlis yang penuh keberkatan ini.  

Perarakan masuk oleh peserta Tadarrus, Guru Besar & GPK

Ucapan aluan & perasmian penutup oleh Guru Besar Sk Kemasek

Majlis Khatam Al-Quran

Penyampaian duit raya kepada anak yatim & pelajar miskin

Penyampaian hadiah istimewa kepada guru

Penyampaian hadiah istimewa kepada guru

Majlis bersalaman raya, guru & pelajar-pelajar

Majlis bersalaman raya, guru & pelajar-pelajar

0 comments:

Catat Ulasan