KATA-KATA ALUAN


Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan keizinan-Nya maka terbinalah sebuah laman web rasmi Sekolah Kebangsaan Kemasek, Kemaman. Dalam keghairahan kita berbicara mengenai teknologi maklumat dan komunikasi, sudah tentu kita tidak mahu ketinggalan dalam era globalisasi ini.
Justeru itu, usaha membangunkan laman web ini diharap dapat menyalurkan informasi terkini berkaitan sekolah kepada para pengunjung dengan cepat. Saya amat mengalu-alukan penyertaan semua pihak untuk berinteraksi, berkongsi idea dan bertukar-tukar pandangan serta cadangan untuk memajukan lagi Sk Kemasek.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada ahli jawatankuasa Unit ICT sekolah yang begitu komited dalam usaha mewujudkan laman web ini. Penghargaan juga kepada warga Sk Kemasek di atas sokongan padu yang diberikan.
Semoga dengan adanya ruangan ini, diharap dapat mengeratkan hubungan antara sekolah dan masyarakat. Akhir kata, salam hormat dan selamat melayari laman web sekolah ini.

"Berilmu, Berbakti"

Salam Ikhlas daripada,

EN. MOKHTAR B. MOHAMAD DESA
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kemasek