Selasa, 3 Julai 2012

BERKENAAN CUTI REHAT KHAS (CRK)...

Tajuk Artikel : Cuti Rehat Khas Dan Keluarga Terdekat...
Sumber : Blog Unit Pengurusan Sekolah Rendah JPNT.




Cuti Rehat Khas sebanyak tujuh (7) hari dalam satu tahun kalendar diperuntukan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2005 dan berkuatkuasa pada 1 Mac 2004 bagi menggantikan Cuti Sambilan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1977.


Mereka yang layak Cuti Rehat Khas 
  1. Semua pegawai yang mengajar dan diberi kemudahan cuti penggal atau cuti semester di    sekolah atau Institusi Pelajaran dan pengajian tinggi.
  2. Guru sandaran terlatih.
  3. Guru kontrak.

3.  Peraturan dan syarat

"Pihak yang meluluskan hendaklah memastikan  pengurusan pengajaran dan pembelajaran tidak terjejas"

Permohonan  CRK yang boleh dipertimbangkan oleh pengurusan sekolah antaranya:
  1. Menziarahi ahli keluarga terdekat (suami /isteri yang sah, anak-anak dan ibubapa kandung pegawai - Pekeliling Perkhidmatan Bil 10 Tahun 2002) yang sedang sakit @ meninggal dunia.
  2. Menziarahi sanak saudara (adik-beradik, ibubapa mertua, datuk-nenek pegawai dan lain-lain saudara mara yang rapat dengan pegawai - Perintah Am Bab C 1 (x) yang sakit atau meninggal dunia.
  3. Upacara/perayaan tahunan agama yang tidak diperuntukkan cuti umum oleh kerajaan.
  4. Kecemasan dan kemalangan seperti  kebakaran, banjir.
  5. Menghadiri majlis konvokesyen (diri sendiri/anak/suami/isteri).
  6. Perkahwinan (guru sendiri @ anaknya sahaja).
  7. Menghantar ahli keluarga terdekat  dan sanak saudara rapat menunaikan fardu haji.
  8. Mendaftar anak ke IPT/Sekolah Asrama Penuh.
  9. Mengiringi suami/isteri atau anak mendapat  rawatan perubatan.

Walau bagaimanapun Ketua Jabatan boleh memberi pertimbangan atas lain-lain alasan yang munasabah dengan syarat kelulusannya tidak menjejaskan pengajaran-pembelajaran di dalam kelas.


Maklumat lanjut/masalah berkaitan Cuti Rehat Khas sila ke blog Unit Pengurusan Sekolah Rendah JPNT.

0 comments:

Catat Ulasan