SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN KEMASEK,24200 KEMASEK, KEMAMAN, TERENGGANU

21 Mei 2012

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012



Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Makluman kepada semua guru dan ibubapa/penjaga, Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 (OTI 2) akan di adakan sebagaimana berikut :

Tarikh : 17/05/2012 - 24/05/2012 (Tiada peperiksan pada hari Isnin 21/05/2012)
Matapelajaran : Semua
Jadual : Sila dapatkan daripada guru kelas (murid) & Cik Najidah Jibril (guru).

Adalah diharapkan ibubapa dan penjaga murid Sk Kemasek memastikan anak tuan/puan membuat ulangkaji bag memastikan mereka mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan tersebut.

Bagi guru-guru sila ambil perhatian maklumat di bawah :

1. Peperiksaan : 17/05/2012 hingga 24/05/2012
2. Penyemakan dan penandaan kertas : 17/05/2012 - 04/06/2012
3. Penyerahan markah kepada guru kelas : 05/06/2012
4. Penyerahan buku Laporan Adab Belajar kepada Pentadbir (Tahun 3-6) : 10/06/2012
5. Penyerahan Pelaporan Formatif PBS kepada guru kelas (Tahun 1-2) : 10/06/2012
6. Tarikh akhir pengisian markah e-Pantau : 11/06/2012
7. Hari Temu Murni : 14/06/2012
8. Tarikh akhir pengisian markah SAPS : 20/06/2012

*Tertakluk kepada sebarang perubahan.

Sekian, Terima kasih.
Read more »

19 Mei 2012

SAMBUTAN HARI GURU 2012

Pada tanggal 16 Mei 2012 jam 8.00 pagi, SK Kemasek telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah yang bertemakan “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara”.


Program sambutan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Wan Shamsul dan diikuti dengan ucapan Ketua Pengawas iaitu adik Mohd Naimallah bagi mewakili pelajar SK Kemasek. Seterusnya bacaan perutusan Hari Guru telah disampaikan oleh GPK 1, GPK HEM dan juga GPK KOKO.

Ucapan Perasmian Sambutan Hari Guru 
Guru Besar, Puan Sharifah Asiah Bt Syed Othman telah merasmikan sambutan hari guru peringkat sekolah ini dan menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada semua guru dan staf.
Acara sambutan diteruskan dengan bacaan IKRAR GURU yang diketuai oleh Encik Mohd Zain dan disusuli dengan nyanyian lagu keramat “Guru Malaysia” dan lagu “Biarku Menjadi Lilin” dengan iringan muzik oleh Encik Ismail Atan (GPK HEM). Sambutan turut diserikan dengan pelbagai persembahan yang disampaikan oleh guru-guru dan murid-murid, antaranya nyanyian, lakonan dan pertunjukan fesyen.

Persembahan daripada guru-guru Sk Kemasek
Pada jam 2.00 petang, acara diteruskan lagi dengan majlis jamuan makan tengahari, pertukaran hadiah di antara guru dan kakitangan serta cabutan bertuah. Majlis sambutan berakhir pada jam 5.00 petang. 

SELAMAT HARI GURU......HAPPY TEACHERS DAY

Klik Sini jika ingin melihat koleksi gambar sepanjang Sambutan Hari Guru 2012
Read more »

19 April 2012

KHIDMAT BANTU PSS SELESAI....

Selesai sudah Khidmat Bantu PSS yang telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kemasek. Khidmat bantu ini adalah bertujuan untuk menaik taraf pusat sumber, bilik tayang dan bilik ABM.  Seramai 6 orang Guru Penyelaras Media dan seorang Pegawai PTP1 (Pkg Kemasek) telah berkampung di Sk Kemasek bermula dari 16 - 18 April 2012.

Pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pegawai, Guru Penyelaras Media dan guru-guru yang terlibat menjayakan aktiviti ini. Terima Kasih.

Pegawai PTP1 Pkg Kemasek bersama barisan Guru Penyelaras Media
yang menjayakan program  Khidmat Bantu PSS.

WAJIB TONTON!!!

Video bagi menghargai hasil penat lelah mereka yang 
terlibat dalam program ini.


Koleksi Gambar Hari Ke-1. Klik Sini
Koleksi Gambar Hari Ke-2. Klik Sini
Koleksi Gambar Hari Ke-3. Klik Sini

p/s : Pastikan anda mempunyai akaun FACEBOOK untuk melihat gambar.

Read more »

16 April 2012

PROGRAM KHIDMAT BANTU PSS


          
PENGENALAN

Program Khidmat Bantu PSS merupakan satu wahana bagi mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Ia merupakan inisiatif dan tindakan proaktif BTP dan rangkaiannya untuk memberi khidmat bimbingan dan panduan pengurusan dan pemprosesan bahan sumber pendidikan serta urusan pengendalian PSS yang lebih berkesan. Pemantauan terhadap PSS merupakan sebahagian bidang pengurusan sekolah yang perlu diberikan perhatian khusus dari semasa ke semasa.

PSS mempunyai hubungan langsung dengan pelaksanaan program kurikulum dan kokurikulum di peringkat sekolah. Oleh yang demikian, PSS perlu diurus dengan baik agar penggunaan media cetak dan bukan cetak tersebut dapat di manfaat oleh semua guru dan semua murid di sekolah. Adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah untuk memastikan kemudahan disediakan itu dimanfaatkan sepenuhnya. PSS sepatutnya dianggap sebagai tempat yang penting bagi pemupukan tabiat dan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid.

Program ini diharap akan dapat memartabatkan PSS sebagai nadi utama pengajaran dan pembelajaran ke arah kecemerlangan pendidikan. Di samping itu juga diharap agar objektif-objektif berikut dapat dicapai:
  • Meningkatkan pengurusan PSS secara keseluruhan khususnya dalam bidang pengurusan bahan, fizikal (susun atur dan keceriaan serta sistem pentadbiran).
  • Meningkatkan penggunaan PSS di kalangan guru dan murid sejajar dengan keperluan pendidikan dan aplikasi ICT.
  • Meningkatkan kadar pembacaan di kalangan murid sekolah selaras dengan pelaksanaan dan hala tuju program NILAM. 


BANTU KHIDMAT PSS DI SK KEMASEK

Buat pertama kalinya, Program Khidmat Bantu PSS Sekolah Kebangsaan Kemasek akan dijalankan bermula pada 16 - 19 April 2012 bertempat di PSS Sekolah Kebangsaan Kemasek. Seramai 8 orang peserta yang terdiri daripada Guru Perpustakaan dan Media sekolah-sekolah kelompok, guru-guru serta pelajar SK Kemasek telah dilibatkan dalam program tersebut. Program  telah dimulakan pada hari pertama dengan taklimat khas khidmat bantu  oleh En. Wan Roslan Bin Wan Zaki (PTP1 PKG Kemasek) selaku ketua fasilitator kepada semua GPM serta guru-guru SK Kemasek.  

Taklimat awal dari PTP1 PKG Kemasek En. Wan Roslan B. Wan Zaki

Antara Guru Penyelaras Media dari sekolah ahli PKG Kemasek
yang memberikan khidmat bantu.

SILA KLIK SINI UNTUK MELIHAT GAMBAR SEPANJANG 
HARI PERTAMA KHIDMAT BANTU PSS

AKAN DATANG...

LAPORAN SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS KHIDMAT BANTU PSS


Read more »

2 April 2012

PEKELILING KENAIKAN GAJI KAKITANGAN AWAM 2012/SSM TERKINI



Pekeliling SSM Gaji Baru Dan Cara Pengiraan Kenaikan Gaji Baru Online

Pada 8 Mac 2012 lepas , Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik dengan pelarasan gaji antara tujuh dan 13 peratus. Kemudian, pada 30 Mac lepas, telah keluar Pekeliling Pelarasan Gaji Baru SSM dengan kenaikan sehingga 13 peratus yang dinanti-nantikan oleh semua kakitangan awam seluruh negara. Anda semua boleh memuat turun di laman web rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Ada 2 pekeliling yang telah dikeluarkan  Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, dan anda boleh menyimpannya sebagai rujukan di masa hadapan. Terdapat juga widget pengiraan gaji baru anda berdasarkan gaji terakhir yang ditambah dengan kenaikan baru sehingga 13 peratus.

KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN PEKELILING GAJI BARU SSM
KLIK SINI UNTUK MEMBUAT PENGIRAAN GAJI BARU ONLINE



Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
MAKLUMAT PERHUBUNGAN/CADANGAN/ADUAN

PEJABAT :

Sekolah Kebangsaan Kemasek
24200 Kemasek, Kemaman,
Terengganu Darul Iman

Tel Pejabat : 09-8640643
Fax : 09-8640632
E-Mel : skkemasek_tba2015@yahoo.com

BLOGMASTER :

Unit ICT Sk Kemasek
E-Mel : unitictskksk@gmail.com

En. Khairol Azuan Bin Alias (Guru Penyelaras Bestari)
E-Mel : krenmaut81@gmail.com

Pn. Noorlida Bt. Mohd Noor (Juruteknik FT17)
E-Mel :

IKLAN

Unit ICT & Sekolah Kebangsaan Kemasek@2011. Dikuasakan oleh Blogger.