Sabtu, 7 Januari 2012

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 (2012)

Sekolah Kebangsaan Kemasek mengucapkan selamat datang kepada murid-murid Tahun 1.

Program Transisi Tahun 1 Sk Kemasek akan diadakan bermula dari 3 hingga 19 Januari 2012. Murid-murid juga diminta membawa sebuah buku tulis dan alat tulis sahaja sepanjang minggu Program Transisi ini.

Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di pra sekolah ke pendidikan secara formal di Tahun Satu. Dengan itu, adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio-ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran di sekolah.


Berikut beberapa paparan gambar yang sempat dirakam sepanjang minggu pertama Program Transisi Tahun 1.

Ceramah yang disampaikan oleh Guru Bimbingan, Pn. Marhaida.
Murid-murid tahun 1 tekun mendengar penerangan dari guru.

Murid-murid tahun 1 Sk Kemasek 2012


0 comments:

Catat Ulasan