Isnin, 14 Julai 2014

1 KELUARGA 1 BANTUAN

Isnin, 14 Julai 2014 - Pihak sekolah dengan kerjasama MGKT telah mengadakan satu majlis penyampaian bantuan 1 Keluarga 1 Bantuan untuk murid-murid yatim dan miskin. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Ilmu pada jam 11.30 pagi. Seramai lebih kurang 100 orang murid yatim dan miskin telah dikenalpasti sebagai penerima bantuan tersebut. Ucapan pembuka majlis telah
disampaikan oleh GPK Pentadbiran, En. Mohd Azman Bin Musa selaku wakil kepada Guru Besar yang masih lagi bercuti kerana masalah kesihatan.

Terima kasih kepada para penderma yang telah bermurah hati memberi sumbangan bagi menjayakan majlis ini.




Sebahagian daripada penerima sumbangan "1 Keluarga 1 Bantuan"




0 comments:

Catat Ulasan