Isnin, 4 Mei 2015

SAYONARA 'A WALK TO REMEMBER' 2015

Khamis, 30 April 2015 - Sayonara 'A Walk To Remember' (1980 - 2015 ) meninggalkan noltalgia manis buat semua warga Sk Kemasek khususnya En.Tan Kui Jee, mantan Pk Kokurikulum Sk Kemasek sempena persaraan beliau. Majlis persaraan yang gilang gemilang ini telah disambut dengan sebegitu meriah oleh seluruh warga sekolah termasuk Pibg Sk Kemasek. Sebelum itu pada malam 29 April 2015, telah diadakan majlis makan malam sempena persaraan tersebut bertempat di Kelab Golf Rantau Petronas. Kemudian acara diteruskan lagi dengan majlis persaraan di Dewan Ilmu Asiah Al Yahya pada hari Khamis, 30 April 2015 yang disambut bersama dengan seluruh warga sekolah. Terima kasih Mr Tan. Jasamu kami kenang hingga akhir hayat. Selamat bersara dan selamat menjalani kehidupan baru. Sayonara Mr Tan. Terima kasih yang tidak terhingga buat MGKT 2015 Ukhuwah Fillah yang bertungkus lumus menjayakan majlis yang begitu gemilang dan penuh nostalgia ini.

1 comments:

  1. Selamat bersara En. Tan Kui Jee...jasamu dikenang..

    BalasPadam