Khamis, 21 Mei 2015

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2015

Isnin, 18 Mei 2015 - Meriah, gemilang dan terbaik...itulah yang dapat digambarkan pada majlis sambutan hari guru di Sk Kemasek yang telah diadakan dengan bertemakan warna oren dan kuning. Majlis dimulakan dengan acara rasmi pada sebelah pagi dengan bacaan doa, bacaan perutusan dan persembahan murid. Majlis bersambung selepas rehat dengan acara zumba, guru, sukaneka guru jalan-jalan cari makan, dan semakin jauh semakin sayang. Pada sebelah petang pula, diadakan jamuan sempena meraikan hari guru. Tahniah, syabas dan terbaik buat seluruh warga guru Sk Kemasek. Teruskan budaya kerja cemerlang anda. Jasamu dikenang. Terima kasih cikgu. Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak.

0 comments:

Catat Ulasan