Khamis, 21 Mei 2015
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2015
Isnin, 18 Mei 2015 - Meriah, gemilang dan terbaik...itulah yang dapat digambarkan pada majlis sambutan hari guru di Sk Kemasek yang telah diadakan dengan bertemakan warna oren dan kuning. Majlis dimulakan dengan acara rasmi pada sebelah pagi dengan bacaan doa, bacaan perutusan dan persembahan murid. Majlis bersambung selepas rehat dengan acara zumba, guru, sukaneka guru jalan-jalan cari makan, dan semakin jauh semakin sayang. Pada sebelah petang pula, diadakan jamuan sempena meraikan hari guru. Tahniah, syabas dan terbaik buat seluruh warga guru Sk Kemasek. Teruskan budaya kerja cemerlang anda. Jasamu dikenang. Terima kasih cikgu. Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak.
Sabtu, 16 Mei 2015
Isnin, 4 Mei 2015
SAYONARA 'A WALK TO REMEMBER' 2015
Khamis, 30 April 2015 - Sayonara 'A Walk To Remember' (1980 - 2015 ) meninggalkan noltalgia manis buat semua warga Sk Kemasek khususnya En.Tan Kui Jee, mantan Pk Kokurikulum Sk Kemasek sempena persaraan beliau. Majlis persaraan yang gilang gemilang ini telah disambut dengan sebegitu meriah oleh seluruh warga sekolah termasuk Pibg Sk Kemasek. Sebelum itu pada malam 29 April 2015, telah diadakan majlis makan malam sempena persaraan tersebut bertempat di Kelab Golf Rantau Petronas. Kemudian acara diteruskan lagi dengan majlis persaraan di Dewan Ilmu Asiah Al Yahya pada hari Khamis, 30 April 2015 yang disambut bersama dengan seluruh warga sekolah. Terima kasih Mr Tan. Jasamu kami kenang hingga akhir hayat. Selamat bersara dan selamat menjalani kehidupan baru. Sayonara Mr Tan. Terima kasih yang tidak terhingga buat MGKT 2015 Ukhuwah Fillah yang bertungkus lumus menjayakan majlis yang begitu gemilang dan penuh nostalgia ini.
KARNIVAL BAHASA INGGERIS PERINGKAT PKG KEMASEK 2015
Isnin, 27 April 2015 - Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Pkg Kemasek telah diadakan di Sk Kemasek pada hari Isnin yang lalu. Karnival tersebut mempertandingkan acara-acara seperti action song, story telling, public speaking, scrabble and poetry. Dalam karnival tersebut Sk Kemasek telah memenangi beberapa acara.
1. Tempat kedua story telling - Nur Khalisa bt. Zahairin
2. Tempat ketiga public speaking - Siti Nur Aishah Solehah bt. Othman
3. Tempat ketiga poetry - Muhammad Faqih Ilmam b. Mohd Nazri dan Nur Auni Nazzura bt. Mohd Nazri.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada peserta-peserta yang berjaya dalam karnival tersebut.
1. Tempat kedua story telling - Nur Khalisa bt. Zahairin
2. Tempat ketiga public speaking - Siti Nur Aishah Solehah bt. Othman
3. Tempat ketiga poetry - Muhammad Faqih Ilmam b. Mohd Nazri dan Nur Auni Nazzura bt. Mohd Nazri.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada peserta-peserta yang berjaya dalam karnival tersebut.
Langgan:
Catatan (Atom)