Jumaat, 12 Ogos 2011

Yaumul Mahabbah

          Pada hari Isnin, 25 Julai 2011 lepas, Jawatankuasa Kebajikan & Bantuan Murid telah menyediakan sebuah program Yaumul Mahabbah bersama anak yatim di Pantai Telekom, Kemasek. Alhamdulillah kerana program ini telah berjalan dengan lancar bersama seramai 30 orang anak yatim dan juga guru-guru dalam menjayakan program tersebut. Aktiviti bermula dengan pendaftaran anak-anak yatim pada jam 2.15 ptg dan seterusnya dirasmikan oleh Puan Guru Besar Sk Kemasek. Majlis ini sebenarnya bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti jamuan dan juga sukaneka bersama guru-guru. Anak-anak yatim ini juga turut diberikan hadiah dan juga hamper. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Tahniah pada Jawatankuasa Kebajikan & Bantuan Murid yang diketuai oleh Puan Noor Hafizan Bt Abdullah bersama-sama guru-guru Sk Kemasek atas kejayaan menganjurkan program yang buat pertama kalinya diadakan.