Sejarah Tercipta di Sk Kemasek..
Buat julung kalinya, aktiviti FAMILY DAY & FUN DRIVE telah berjaya di anjurkan oleh Kelab Guru & Kakitangan Sekolah Kebangsaan Kemasek yang kini di terajui oleh Puan Hasnah Bt Ali.
Program ini telah dijalankan dengan jayanya pada 28 Oktober hingga 29 Oktober 2011 iaitu selama 2 hari bertempat di De Rhu Beach Resort Kuantan.
Penyertaan guru-guru bersama keluarga masing - masing yang sangat menggalakkan menjadikan program ini begitu meriah dan berjaya . Ini ditambah pula dengan kerjasama dan kebersamaan semua dalam mejayakan semua aktiviti yang telah dirancang.
 |
Pengerusi Kelab Guru & Kakitangan 2011.
|
 |
Bergambar beramai-ramai sebelum memulakan aktiviti FUN DRIVE. |
 |
Gelagat peserta Fun Drive yang sibuk menjawab soalan yang disediakan. |
 |
Sukaneka |
 |
Parut kelapa...kaum bapa lebih hebat sebenarnya... |
 |
Sambutan Hari Lahir guru dan kakitangan Sk Kemasek. |
 |
Malam Dinner sebagai penutup aktiviti FAMILY DAY & FUN DRIVE. |
Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur kerana telah berjaya mencapai objektif utama program yang dirancang iaitu mendekatkan , menyatukan dan mempereratkan hubungan dikalangan warga Sekolah Kebangsaan Kemasek bersama-sama ahli keluarga masing-masing. Semoga aktiviti ini dapat dilaksanakan lagi pada tahun akan datang.
0 comments:
Catat Ulasan