Selasa, 18 Ogos 2015

MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA MURID TARGET 5A UPSR 2015

Isnin, 17 Ogos 2015 - Majlis perjumpaan ibu bapa murid target 5A UPSR 2015 bersama pentadbir anjuran JK Kecemerlangan Upsr telah diadakan bagi merealisasikan kecemerlangan Upsr Sk Kemasek berterusan bagi tahun 2015. Ibu bapa yang hadir diberi penerangan tentang analisis peperiksaan percubaan Upsr 2015 murid-murid target dan keputusan keseluruhan peperiksaan percubaan. Ibu bapa juga diharapkan dapat terus memberi semangat kepada anak-anak dalam peperiksaan Upsr 2015 yang bakal menjelang tidak lama lagi iaitu 8 hingga 9 September 2015. Diharapkan usaha murni ini akan mendapat keberkatan dan insha Allah kecemerlangan Upsr dapat dikekalkan.



0 comments:

Catat Ulasan