Selasa, 30 Jun 2015

MAJLIS TEMU MURNI DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH CEMERLANG YB IR ROSLI BAGI MURID TAHUN 6 (UJIAN 2) 2015

Khamis, 25 Jun 2015 - Majlis Temu Murni dan Penyampaian Anugerah Cemerlang YB IR Rosli bagi Ujian 2 telah diadakan pada hari Khamis dan berjalan dengan lancar. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG SK Kemasek merangkap ADUN Kemasek, YB IR Rosli. Anugerah cemerlang diberi kepada murid-murid tahun 6 yang cemerlang dalam Ujian 2 yang lalu. Disamping itu, bagi murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 5, pihak ibu bapa telah dijemput bagi menandatangani pelaporan prestasi anak masing-masing. Diharapkan dengan adanya majlis ini, prestasi murid-murid SK Kemasek akan terus meningkat terutamanya dalam UPSR 2015.




0 comments:

Catat Ulasan