Selasa, 31 Mac 2015

JOHAN ANUGERAH PSS NEGERI TERENGGANU 2014

30 April 2015, Isnin - Alhamdulillah...secara rasminya PSS Asiah Al-Yahya, Sekolah Kebangsaan Kemasek telah dinobatkan sebagai JOHAN Anugerah Pusat Sumber Sekolah Negeri Terengganu 2014 serta akan mewakili negeri Terengganu ke Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan 2015 bagi kategori sekolah rendah. Majlis penganugerahan ini telah diadakan di BTPN Terengganu. Dengan itu PSS Asiah Al-Yahya telah menerima sijil, medal dan bahan bacaan untuk
NILAM berjumlah RM2600.   Dalam persaingan yang sengit ini, PSS Asiah Al-Yahya berjaya ,menewaskan 4 buah sekolah rendah yang lain iaitu Sk Kompleks Seberang Takir KT, Sk Keluang, Besut, Sk Lubuk Kawah, Besut dan Sk Simpang Rawai, Marang. Diharapkan agar PSS Asiah Al-Yahya akan dapat mencapai kejayaan di peringkat kebangsaan kelak. InsyaAllah....sama-sama kita gandakan usaha serta berdoa pada ALLAH S.W.T agar kejayaan berpihak kepada kita.





0 comments:

Catat Ulasan