4 SEPTEMBER (Selasa) - Sekali lagi setiap tahun Sekolah Kebangsaan Kemasek telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2012. Acara dimulakan pada jam 10.30 pagi di Dewan Ilmu Sk Kemasek. Seterusnya semua murid bertakbir dengan diketuai oleh Ustaz Wan Shamsul. Tidak ketinggalan Guru Besar Sk Kemasek turut menyampaikan sedikit ucapan sempena Sambutan Hari Raya ini. Selepas itu semua murid bergerak ke kelas masing-masing. Berbeza dengan sambutan tahun-tahun yang lepas, tahun ini sambutan diadakan di kelas masing-masing bersempena dengan tema “Kelas Terbuka Raya 2012”. Pelbagai hidangan juadah makanan dihidangkan kepada semua murid oleh guru kelas serta sumbangan makanan oleh anak-anak didik Sk Kemasek.
Sila klik untuk lihat album penuh Sambutan Hari Raya 2012
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.
0 comments:
Catat Ulasan