Sabtu, 19 Mei 2012

SAMBUTAN HARI GURU 2012

Pada tanggal 16 Mei 2012 jam 8.00 pagi, SK Kemasek telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah yang bertemakan “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara”.


Program sambutan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Wan Shamsul dan diikuti dengan ucapan Ketua Pengawas iaitu adik Mohd Naimallah bagi mewakili pelajar SK Kemasek. Seterusnya bacaan perutusan Hari Guru telah disampaikan oleh GPK 1, GPK HEM dan juga GPK KOKO.

Ucapan Perasmian Sambutan Hari Guru 
Guru Besar, Puan Sharifah Asiah Bt Syed Othman telah merasmikan sambutan hari guru peringkat sekolah ini dan menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada semua guru dan staf.
Acara sambutan diteruskan dengan bacaan IKRAR GURU yang diketuai oleh Encik Mohd Zain dan disusuli dengan nyanyian lagu keramat “Guru Malaysia” dan lagu “Biarku Menjadi Lilin” dengan iringan muzik oleh Encik Ismail Atan (GPK HEM). Sambutan turut diserikan dengan pelbagai persembahan yang disampaikan oleh guru-guru dan murid-murid, antaranya nyanyian, lakonan dan pertunjukan fesyen.

Persembahan daripada guru-guru Sk Kemasek
Pada jam 2.00 petang, acara diteruskan lagi dengan majlis jamuan makan tengahari, pertukaran hadiah di antara guru dan kakitangan serta cabutan bertuah. Majlis sambutan berakhir pada jam 5.00 petang. 

SELAMAT HARI GURU......HAPPY TEACHERS DAY

Klik Sini jika ingin melihat koleksi gambar sepanjang Sambutan Hari Guru 2012

0 comments:

Catat Ulasan