Ahad, 8 Januari 2012

VIRTUAL CLASSROOM (KELAS MAYA)

Sistem Kelas Maya (Virtual Classroom) mula diperkenalkan di sekolah rendah di negeri Terengganu bermula tahun 2011. Projek ini telah dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Terengganu di bawah pimpinan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Bin Said. Kos untuk menubuhkan 'Kelas Maya' adalah dianggarkan di antara RM25,000 hingga RM30,000 bergantung kepada kemudahan-kemudahan yang disediakan.

Virtual Classroom menggunakan peralatan multimedia interaktif dan guru-guru tidak lagi akan menggunakan papan putih atau papan hitam, sebaliknya menggunakan 'Smart Board' yang di sambungkan terus ke Internet dan e-Book murid-murid. 'Smart Board’ juga mempunyai ciri-ciri skrin sentuh untuk menukar halaman dan dapat mengesan kesilapan pelajar. Dengan sistem pengajaran dan pembelajaran yang berteknologi canggih ini, murid akan lebih berminat dalam sesi pembelajaran di dalam kelas. 

Bagi mereka yang masih belum dapat memahami konsep sistem Kelas Maya ini boleh menonton video dibawah ini yang di ambil dari Sk Paya Bunga Kuala Terengganu sempena lawatan Datuk Seri Ahmad Bin Said ke sekolah tersebut.

Untuk pengetahuan anda semua, Sekolah Kebangsaan Kemasek telah terpilih untuk projek ‘Kelas Maya’ ini yang mana 2 buah bilik telah di ubahsuai sekitar penghujung tahun 2011 untuk penyediaan ‘Kelas Maya’ ini. Di harapkan ‘Kelas Maya’ ini akan digunakan sepenuhnya oleh guru-guru dan murid-murid dalam membentuk satu sistem pembelajaran yang lebih canggih dan menarik.
Di samping itu, semua guru juga telah di dedahkan dengan satu kursus penggunaan ‘Kelas Maya’ pada hari Ahad, 8 Januari 2012 pada jam 2.00 hingga 4.00 petang. Kursus ini telah dikendalikan oleh pihak daripada TOP-IT. Kursus ini juga berlangsung di Kelas Maya 1 yang mana objektif utama kursus ini adalah untuk memahirkan guru-guru Sk Kemasek dengan peralatan yang ada di Kelas Maya ini. Berikut beberapa gambar yang sempat di ambil sepanjang kursus tersebut.
Semua guru Sk Kemasek terlibat dalam kursus 'Kelas Maya'
Guru-guru Sk Kemasek tekun mendengar penerangan dari pihak Top-It.
Cikgu Norasyikin mencuba 'Smart Board' Kelas Maya
Ustaz Tarmizi tidak ketinggalan untuk mencuba.
Pn. Nurzaleha (EIO), Penyelaras 'Kelas Maya' Sk Kemasek

0 comments:

Catat Ulasan