Ahad, 20 Julai 2014

Hadiah Peperiksaan Pra Percubaan UPSR

          Alhamdulillah....Syukur ke hadrat Ilahi di atas keprihatinan dan kecaknaan YB Ir Rosli B. Othman untuk anak-anak didik tahun 6 yang bakal menghadapi UPSR tidak lama lagi. YB Ir Rosli dengan murah hatinya telah menyumbangkan sedikit hadiah kepada murid-murid tahun 6 yang telah berjaya memperoleh keputusan yang memberangsangkan dalam peperiksaan pra percubaan UPSR baru-baru ini. Antara penerima hadiah tersebut adalah bagi mereka yang telah memperoleh keputusan

Selasa, 15 Julai 2014

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM, PELAJAR MISKIN & WARGA SK KEMASEK

Tarikh : 14 Julai 2014
Hari : Isnin
Tempat : Dewan Ilmu Sk Kemasek
Masa : 5.40 - 8.30 p.m

          Majlis berbuka puasa antara warga sekolah bersama anak-anak yatim dan miskin Sk Kemasek telah berjaya diadakan pada 14 Julai 2014 (Isnin) di Dewan Ilmu Sk Kemasek. Saban tahun majlis

Isnin, 14 Julai 2014

1 KELUARGA 1 BANTUAN

Isnin, 14 Julai 2014 - Pihak sekolah dengan kerjasama MGKT telah mengadakan satu majlis penyampaian bantuan 1 Keluarga 1 Bantuan untuk murid-murid yatim dan miskin. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Ilmu pada jam 11.30 pagi. Seramai lebih kurang 100 orang murid yatim dan miskin telah dikenalpasti sebagai penerima bantuan tersebut. Ucapan pembuka majlis telah

Jumaat, 11 Julai 2014

MOTIVASI PERDANA UPSR 2014

 Alhamdullillah....Syukur kehadrat Ilahi, Program Motivasi Perdana UPSR 2014 telah pun selamat dijalankan dengan tema "Muhasabah Ihya Ramadhan" pada kali ini. Menariknya, program motivasi kali ini diadakan di Masjid Jamek Kemasek selama dua hari bermula 10/7/2014 hingga 11/7/2014 iaitu hari Khamis dan Jumaat. Untuk pengetahuan semua, program ini telah di anjurkan oleh Unit

Rabu, 12 Mac 2014

DOA DAN HARAPAN BUAT PESAWAT MH370


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-37

Sk Kemasek, Kemaman - Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kemasek telah diadakan dengan jayanya pada hari Sabtu yang lepas di Dewan Ilmu sekolah mulai jam 9.00 pagi. Mesyuarat tersebut yang telah dirasmikan oleh YB Ir Rosli Bin Othman a.m.n, Adun Kemasek,Kemaman dan telah dimulakan dengan pendaftaran ibu bapa yang hadir, serta edaran borang maklumbalas Sarana Ibu Bapa untuk dilengkapkan sebagai salah satu komponen maklumat di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025.

Ketibaan YB Ir Rosli Bin Othman a.m.n telah disambut oleh pasukan kompang Sk Kemasek, dan satu persembahan Tarian Selamat Datang turut dijayakan oleh murid-murid Sk Kemasek untuk memeriahkan lagi majlis. Selesai persembahan, acara diteruskan dengan ucapan oleh Naib Yang Dipertua PIBG, En. Razali Bin Salleh, yang diikuti dengan ucapan Guru Besar Sk Kemasek, Pn. Sharifah Asiah Bt Syed Othman. Ucapan perasmian majlis telah disempurnakan oleh YB Ir Rosli Bin Othman a.m.n sejurus selepas itu. Dalam ucapannya, beliau menyebutkan tentang beberapa keistimewaan sekolah yang dapat membantu meningkatkan potensi murid untuk mencapai tahap kejayaan yang paling cemerlang. Beliau turut menggariskan usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk penambahbaikan kepada prasarana sekolah sedia ada. Majlis juga seterusnya diserikan dengan penerangan dan perasmian FROG-VLE (1Bestarinet) peringkat ibubapa oleh En. Wan Roslan Bin Wan Zaki, Ketua PKG Negeri Terengganu.

Mesyuarat yang bermula selepas sesi jamuan ringan menyaksikan pelantikan Jawatankuasa PIBG untuk tahun 2014/2015, pembentangan minit mesyuarat dan penyata kewangan untuk tahun sebelumnya, serta perbincangan usul-usul yang dibangkitkan oleh ibu bapa untuk catatan dan maklumbalas pihak sekolah. Para ibu bapa dan penjaga murid yang hadir telah memberikan respon yang positif dan membina dalam usaha bersama untuk melancarkan perjalanan sesi persekolahan semasa. Antara perkara menarik yang dibangkitkan dalam mesyuarat kali ini ialah pengumpulan dana bagi membina surau sekolah yang baru.  Untuk pengetahuan semua, usaha mengumpul dana ini telah dimulakan sejak tahun 2013.

Sk Kemasek mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2014 kali ke-37.









Selasa, 9 April 2013

PELANCARAN PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH 2013


Pada 7hb April 2013, Program Membaca Bersama NILAM 2013 telah dilancarkan oleh Ketua PKG Negeri Terengganu, En. Wan Roslan Bin Wan Zaki bertempat di dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Kemasek. Selain itu terdapat juga beberapa persembahan daripada murid-murid seperti bercerita (BM), public speaking, action songs dan story telling. 




















Jumaat, 23 November 2012

KEPUTUSAN UPSR 2012


Syabas dan Tahniah buat Semua Calon UPSR 2012

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah...Sekalung TAHNIAH buat seluruh warga Sekolah Kebangsaan Kemasek di atas kejayaan memperolehi 20 orang pelajar mendapat 5A di dalam Keputusan Peperiksaan UPSR 2012 yang dikeluarkan pada 19 Nov 2012, terutamanya kepada warga pendidik yang bertungkus lumus membentuk generasi yang cemerlang akademik, akhlak & agamanya.
Semoga kejayaan anda bermanfaat untuk ISLAM. Kepada yang tidak berjaya jangan putus asa. Terimalah dengan hati yang redha kerana ini hanyalah ujian kecil di dunia..yang PENTING, kita berjaya dalam ujian 'besar' di akhirat.
Tingkatkan usaha untuk mencapai kejayaan cemerlang di dunia & di akhirat!


Berikut Keputusan UPSR 2012 secara keseluruhan :
5A - 20 orang murid
4A 1B - 12 orang murid
4A 1C - 1 orang murid
Min C - 86 orang murid