Selasa, 28 Oktober 2014

TEMASYA SUKAN TAHUNAN KALI KE-37

KHAMIS, 23 Oktober 2014 - Sekolah Kebangsaan Kemasek telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan kali ke-37 bertempat di padang sekolah. Ramai ibu bapa yang hadir bagi menaikkan lagi semangat kesukanan anak-anak mereka. Murid-murid dikehendaki berkumpul di dalam khemah rumah sukan masing-masing seawal jam 7.30 pagi bagi menyiapkan kerja-kerja terakhir mengikut rumah sukan masing-masing.