Khamis, 30 Ogos 2012

LOGO HARI KEMERDEKAAN KE-55 (TAHUN 2012)

Gambar, Makna & Logo Kemerdekaan Malaysia Ke 55 Tahun 2012: Maksud disebalik logo rasmi Hari Kemerdekaan 2012 ke 55.
Tema rasmi Hari Kemerdekaan ke 55 tahun telah ditetapkan iaitu ’55 Tahun Merdeka Janji Ditepati’. Sambutan Hari Kemerdekaan 2012 akan diadakan pada 31 Ogos 2012 di Kuala Lumpur manakala pada 16 September 2012 akan diadakan Hari Malaysia di Sarawak.

Keterangan Logo Kemerdekaan 2012


Rabu, 29 Ogos 2012

SIARAN URUSAN PENGISIAN PPPLD DGA32 (KUP) TIME BASE KE JAWATAN GRED DGA32 (HAKIKI) NEGERI TERENGGANU 2013


PEMBERITAHUAN : Sumber Blog Unit Sekolah Rendah JPNT

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu akan mengadakan Urusan Pengisian Pegawai Perkhidmatan Lepasan Diploma (PPLD) Gred DGA32 (KUP) Time Based ke Gred DGA32 secara hakiki. Urusan pengisian ini bertujuan bagi memenuhkan semua jawatan Guru Penolong Kanan dan jawatan naik pangkat lain yang setara dengannya di Pejabat Pelajaran Daerah dan juga Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu pada tahun 2013. 

Semua Guru Penolong/Pegawai Perkhidmatan Lepasan Diploma (PPLD) Gred DGA32 (KUP) Time Based dipelawa memohon. Pemohon yang memenuhi kriteria berikut sahaja akan dipertimbangkan :-

3.1 Berminat untuk bertugas sebagai Guru Penolong Kanan/Pengelola;
3.2 Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan Laporan
      Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tiga (3) tahun terakhir bagi tahun 2009, 2010 dan 2011.
3.3 Mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan dan Pentadbiran sama ada sebagai Guru Penolong           Kanan Lantikan sekolah /Guru Data/Guru Disiplin/Guru Kanan Mata Pelajaran/Guru Penyelaras Bestari/Guru Media/Guru Kelas/Penyelaras Peperiksaan;
3.4 Bebas dari tindakan Tatatertib;
3.5 Telah mengistiharkan harta
3.6 Bersedia untuk ditukarkan;
3.7 Diperaku oleh Ketua Jabatan.

Ketua Jabatan/Pengetua/Guru Besar hendaklah memaklumkan kepada semua guru yang berkelayakan, menyemak ketepatan maklumat pemohon, membuat perakuan dan menghantar semua borang permohonan dan dokumen sokongan yang lengkap berserta rumusan ringkas senarai pemohon ke Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing (U.P: Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah) pada atau sebelum 30 September 2012.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai perkara diatas, sila klik (Blog Unit Sekolah Rendah JPNT)

Siaran Lengkap & Borang Permohonan (Sila Klik Sini)

Sumber : Blog Unit Sekolah Rendah JPNT

Sabtu, 18 Ogos 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2012 (1433H)


Baru sebentar tadi telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor-Mohor Besar bahawa besok Ahad 19hb adalah Hari Raya AidilFitri.

Di sini SEKOLAH KEBANGSAAN KEMASEK ingin memohon maaf zahir dan batin kepada semua pembaca yang dihormati, dan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri. 

Kepada yang baru ingin memulakan perjalanan balik kampung, pandulah dengan berhati-hati agar selamat sampai ke destinasi yang dituju. 

Selamat Hari Raya AidilFitri...
Maaf Zahir Dan Batin

MENJELANG SYAWAL 1433H

         
Bulan Ramadan yang penuh keberkatan telah sampai ke penghujungnya. Kini Aidilfitri menjelang tiba. Aidilfitri disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan kerana itulah tanda bahawa perjuangan melawan hawa nafsu di bulan Ramadan telah berjaya.
Tapi ini bukan bererti perjuangan tersebut berhenti setakat itu sahaja sebaliknya amalan-amalan baik yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan wajar diteruskan dan amalan yang haram adalah ditegah. Namun dalam keghairahan dan kegembiraan menyambut hari raya yang mulia, umat islam diingatkan agar jangan melampaui lunas-lunas dan batasan yang telah ditetapkan oleh Islam.
Ini kerana dibimbangi, hari raya yang dijadikan oleh Allah swt sebagai anugerah kerana kejayaan hambanya beribadah dan berjuang melawan hawa nafsu selama sebulan bertukar menjadi hari untuk menghimpunkan dosa-dosa yang tidak dapat dilakukan sepanjang bulan Ramadan.
Islam telah memberikan beberapa garis panduan yang sewajarnya menjadi amalan umat Islam dalam menghadapi kemeriahan berhari raya. Antara amalan sunat yang dianjurkan untuk menjadi amalan menjelang hari raya ialah:
Bertakbir dan bertahmid kepada Allah bermula dari waktu terbenam matahari malam hari raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang hari raya. Firman Allah : "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur" (Surah al-Baqarah :185)
  • Mandi sunat di pagi hari raya
  • Memakai pakaian baru atau bersih
  • Memakai wangi-wangian dan menghilangkan segala bau yang tidak elok
  • Memohon kemaafan dan keampunan kepada dua ibubapa, suami atau isteri dan ahli keluarga yang lain
  • Makan sedikit sebelum ke masjid dan melalui jalan yang berbeza untuk pergi dan pulang dari masjid
  • Solat Sunat Hari Raya
Ziarah menziarahi dan sebagainya. Ketika sedang gembira berhari raya, jangan dilupa pada golongan yang memerlukan Amalan bersedekah merupakan cara terbaik sebagai tanda kesyukuran di atas segala nikmat dan rezeki yang dikurniakan oleh Allah.
Selain daripada itu, dalam kesibukan membuat persiapan menghadapi hari raya , perlu dielakkan campuraduk antara amalan-amalan yang baik dengan perkara yang ditegah. Di antaranya pembaziran dalam penyediaan makanan dan minuman. Selain itu, percampuran di antara lelaki dan perempuan secara bebas di dalam sesuatu majlis perlu dielakkan daripada berlaku.
Perkara-perkara maksiat yang ditegah oleh syara' mestilah dijauhi dan janganlah melakukan perlanggaran batas-batas agama. Umat Islam juga perlulah menjaga adab sopan ketika ziarah menziarahi sanak saudara.
Di antaranya ialah dengan memilih waktu yang sesuai untuk berziarah. Apa yang diharapkan, hari raya bukan semata-mata hari untuk bergembira tetapi yang lebih penting dan utama ialah mendapat keredhaan dari Allah s.w.t.


MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2012 (1433H)

Pada 15 Ogos 2012 (Rabu), telah diadakan Majlis Khatam Al-Qur'an peringkat sekolah sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini. Majlis bermula pada pukul 10.45 pagi di mana murid-murid berkumpul di Dewan Ilmu. Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Khirul Ariffin, diikuti oleh ucapan aluan oleh Puan Guru Besar Puan Sharifah Asiah Bt Syed Othman. Majlis khatam kemudian bermula diketuai oleh Ustaz Khirul Ariffin. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
















Jumaat, 17 Ogos 2012

CUTI BERGANTI SEMPENA HARI RAYA



Untuk makluman, pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Kemasek telah bersetuju untuk mengambil cuti berganti pada hari Khamis bersamaan 16 Ogos 2012. Bagi tujuan penyelarasan, cuti berganti pada 16 Ogos akan digantikan pada hari Sabtu, 8 September 2012. Untuk keterangan lanjut sila layari Laman Web KPM (Klik Sini) atau lihat surat siaran (Klik Sini). Harap Maklum.

MAJLIS BERBUKA PUASA RAMADHAN (1433H)


ISNIN 13.08.2012 - Pihak Pentadbiran sekolah bersama  Jawatankuasa PIBG dan Kelab Guru & Kakitangan Sekolah Kebangsaan Kemasek bersama-sama menganjurkan Majlis Sambutan Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim dan pelajar miskin sempena bulan  Ramadhan bagi tahun 2012. Bertempat di Surau  Sk Kemasek  yang dijadikan ruang untuk penyampaian ucapan dan majlis penyampaian duit raya  dan sumbangan makanan donut “Big Apple” terhadap anak-anak yatim dan miskin seramai lebih kurang 100 orang murid. Antara tetamu jemputan yang hadir  iaitu YDP PIBG, YB Ir Rosli Othman, Pegawai PTP 1 PKG Kemasek dan wakil dari PPD Kemaman iaitu En. Nazri dari Unit Sukan PPD Kemaman. Pihak sekolah, Jawatankuasa PIBG dan Kelab Guru & Kakitangan Sk Kemasek ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir bagi meraikan majlis yang telah diadakan sempena bulan Ramadhan ini. Semoga apa yang kita usahakan dan lakukan untuk anak-anak yatim & miskin ini akan diberkati Allah S.W.T sempena bulan yang penuh mulia ini. Amin….

Sebilangan anak-anak yatim & miskin Sk Kemasek.

GB menyampaikan "Big Apple" dan duit raya.

Antara tetamu jemputan.

Guru-guru sibuk menghidang makanan untuk tetamu.

GB Pn. Sharifah Asiah bersama keluarga & anak-anak yatim yang diraikan.

YDP PIBG, YB Ir Rosli Othman turut hadir memeriahkan majlis.