Ahad, 25 Mac 2012

KARNIVAL BAHASA INGGERIS 2012

Buat julung kalinya, Karnival Bahasa Inggeris Peringkat PKG Kemasek telah di adalah di Sk Kemasek selaku tuan rumah pada 25 Mac 2012 bermula pada jam 11.00 pagi. Antara pengisian karnival kali ini adalah Public Speaking, Story Telling dan Action Songs. Kita berharap acara seperti ini dapat sedikit sebanyak mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar-pelajar zon PKG Kemasek ini. Ucapan syabas dan tahniah kepada mereka yang berjaya ke peringkat seterusnya iaitu Peringkat Daerah Kemaman. Buat yang tidak berjaya, ingatlah "Gagal bukan bermakna anda gagal selamanya", yang penting berusahalah sehingga mencapai kejayaan satu hari nanti.





Khamis, 8 Mac 2012

SBPA mansuh???


Berikut PENGUMUMAN PM berkaitan Penjawat Awam (8 Mac 2012 - 10.45 pagi) mengenai SKIM SBPA.

1. SBPA dibatalkan dan kembali kepada SSM yang ditambahbaik.
2. Penubuhan Suruhanjaya Khas Perkhidmatan Awam.
3. Pelarasan Gaji SSM
    - 13% : Gred 1 - 54
    - 9% : Gred Khas (JUSA)
    - 8% : Turus 2 & 3
    - 7% : Turus 1 & KSN
4. Struktur Gaji Matriks ditukar kepada Gaji Min - Maks dengan kenaikan gaji tahunan, Gred 1-54 (RM 80.00      - RM 320.00), JUSA (kekal sedia ada SSM)
5. COLA dinaikkan
- Kawasan B : RM 200.00 kepada RM 250.00
- Kawasan C : RM 100.00 kepada RM 150.00
6. BIPK, BIW, BIP & BISP - dikekalkan pelaksanaan
7. Penambahbaikan laluan kerjaya Guru-Guru berdasarkan Time Based seperti mana diumumkan dalam Bajet
    2012.

Jumaat, 2 Mac 2012

CUTI LAGI...


Ahad, 4 Mac 2012 bersamaan 11 Rabiulakhir 1433H adalah Hari Ulangtahun Pertabalan Ke bawah D.Y.M.M. Sultan Terengganu (Negeri).

Jadi pihak Blogmaster Sekolah Kebangsaan Kemasek ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua rakyat negeri Terengganu terutama sekali warga sekolah Sk Kemasek. Buat semua murid Sk Kemasek isilah masa cuti anda dengan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan faedah dan juga ilmu. Gunakanlah kesempatan ini juga untuk mengeratkan silaturahim sesama ahli keluarga. Selamat Bercuti…